Tuesday, October 25, 2011

Donut

Assalamualaikum..


Hari ni kita bercuti sempena Hari Deepavali..kalau takde apa -apa aktiviti tentu seronok kalau kita memasak utk santapan seisi keluarga.Saya selalunya suka memasak bila ada dirumah. Anak - anak tentu suka makan masakan kita kan..hari ni saya buat donut dan pau sambal sebagai sarapan pagi.

Jom tengok resepinya..

Bahan - bahan:

11 gm yis mauripan
1/4 cawan air suam
sedikit gula castor
=> campur dan larutkan dan biarkan selama 5 minit utk penapaian

1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening ( marjerin / butter pun boleh )
5 cawan tepung
Minyak utk menggoreng

Cara - cara:


Yis mauripan 1 packet



Masukkan yis ke dlm bekas, masukan gula


Masukkan air suam..


Larutkan


Yis yg elok dan hidup akan berbuih spt ini..



Semua bahan - bahan masukkan ke dalam bekas..kacaukan aduanan hingga sebati




Jika adunan anda masih melekat dijari, taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai atau meja kerja anda dan ulikan..sehingga doh tidak lg melekat di jari..tetapi jgn trlmpau banyak tepung digunakan kerana ianya akan keras







Teruskan menguli selama lebih kurang 10 minit..


Uli..uli


Doh akan mnjadi elastik dan menganjal..masukkan ke dlm bekas lain yg digriskan minyak atau shortening..tutupkan dgn kain lembap dan peramkan selama lebih kurang 60 ke 90 minit..atau sehingga doh naik 2 kali ganda





Doh yg sudah naik..tumbukkan utk proses membuang anginnya..rehatkan selama 5 minit dan sedia utk proses mencanai


Canaikan doh dan terapkan dgn acuan donut...separuh saya bulat -bulatkan utk dijadikan pau sambal...
Selepas diterap..susunkan dalam tray..tutpkan dgn kain kering..biarkan naik selama 30 minit..



Bolehlah digoreng dan ditaburkan gula castor..




Utk pau sambal..goreng bulat - bulat doh..lps goreng dibelah tgh dan dimasukkan inti sambal atau sardin pun sedap juga..saya buat inti sardin..sedap..cubalah