Sunday, January 27, 2013

Meehoon Goreng Omak Den

Meehoon goreng mak memang sedap...digoreng asli dan takde perencah apa - apa hatta pak ajinomoto pun tak Mtakde


Terasa nak cuba tak?

Senang jer, simple and tak payah banyak belanja nak letak sos tiram ke apa ke bagai


Meehoon Goreng Mama

1 paket bihun Sufi ( nak beli cari sy tau )
Semangkuk udang halus
seulas bawang besar atau berulas - ulas bwg merah kecil
4 ulas bawang putih
3 senduk cili kering yg telah siap dimesin bersama bwng
Ikan bilis secukupnya...lebih banyak lebih sedap

Sawi secukupnya
Taugeh secukupnya

Caranya,

Bawang merah, putih dan ikan bilis ditumbuk halus
Bihun Sufi direndam dgn air sejuk selama 10 minit dan toskan
Gorengkan udang sehingga berwarna keemasan..angkat dan ketepikan
Tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan naik bau
Masukkan pula cili mesih ,tumis hingga garing
Masukkan garam aggaran satu sudu besar untuk sepaket bihun
Masukkan sawi dahulu
Masukkan bihun yang telah ditoskan airnya
Kemudian masukkan taugeh
Ratakan dan sedia dihidang

Makan dengan samban ikan bilis belen semalam lagi sedap...





Friday, January 18, 2013

Sambal sardin berhalia


Tekak Melayu ni memang la nak makan yang pedas aje kalau boleh..kalau tak nampak sambal sehari memang longgarlah lutut teman ni. Jadi seorang ibu yang memang memahami selera anaknya yang gedang ini, menghidangkan sambal sardin pedas berhalia ini.


Sambal Sardin Berhalia

















1 tin sardin
2 senduk cili kering yang sudah dimesin bersama bawang merah & bawang putih
Asam jawa
2 ulas bwng putih dipotong halus
3 ulas bwng merah kecil dipotong halus
Halia dihiris halus
Bawang besar dipotong bulat


Cara

Tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga garing dan naik bau
Masukan sardin
Masukkan air asam jawa
Bila mendidh masukkan bawang besar dan sedikit garam

Kari Telur Spesel Omak Den


Walaupun banyak menu lain yang sedap - sedap tetapi saya tetap sukakan resepi ibu saya yang ini. Rasanya yang sangat istimewa dan sangat menggoda rasa ini pastinya membangkitkan selera makan saya yang tak pernah surut ini. Tambahan pula hujan lebat di petang Jumaat yang barakah . Apalagi pulun ajelah.

















Kari Telur Bonda


4 biji telur - direbus dan direndam dlm air sejuk utk memudahkan mengopek kulitnya

Kentang dipotong empat

5 ulas bwang merah kecil - dihiris halus
3 ulas bwg putih - dihiris halus
1 inchi halia  - dihiris halus
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cili kering yg telah dimesin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan susu rendah lemak
2 keping asam keping
garam secukup rasa


Cara :

Tumiskan bawang merah, putih dan halia yang dihiris halus sehingga garing dan naik baunya
Bancuhkan serbuk kari, cili mesin dan serbuk kunyit dgn sedikit air terlebih dahulu. Masukan dan tumis sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan semangkuk kecil air dan susu rendah lemak. Masukkan kentang
Bila kentang hampir empuk masukkan garam, asam keping dan telur rebus
Biarkan mendidih dan kuahnya pekat sedikit.
Sedia dihidang.