Tuesday, December 27, 2011

Lokan masak berempah

Masa kecil - kecil dulu saya dan adik beradik yang lain selalu je ikut ayah pegi cari lokan di tepi sg Linggi..kami akan berkayuh hingga ke anak - anak sungai yang ayah dah pilih dan kenal pasti ada banyak lokan.

Tapi nak cari lokan bukan senang..kena berlumur dengan lumpur dan banyak duri ranjau yang perlu diambil kira..salah pijak nanti kaki atau tangan akan terluka...nyamuk dan agas perkara biasa la kan..

Bagi anak nelayan macam saya..semua perkara biasa ajelah..semua ni kena harungi..kalau dah miskin jangan ingat la nak bersenang lenang..

Kalau lokan ni, mak saya selalu masak berempah, rendang atau pun dibakar dan dimakan macam tu aje..sedapp


Lokan Masak Berempah ( Kari Lokan )


Lokan direbus hingga terbuka cengkerangnya..ambil isinya

6 ulas bawang putih - dihiris halus
1 labu bawang besar - dihiris halus
1 inchi halia- dihiris halus spt mancis
1 senduk serbuk kari daging*
1 senduk serbuk kari ikan*
1 senduk cili mesin / serbuk cili*
1/2 senduk serbuk kunyit*
*dibancuh dgn sedikit air
2 keping asam keping
2 mngkuk santan / susu rendah lemak
ubi kentang secukupnya

Cara:-

Tumiskan bahan2 yg dihiris halus hingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan bancuhan rempah tadi hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan santan cair..biarkan mendidih
Masukkan ubi kentang..
Bila hampir empuk masukkan isi lokan..biar mendidih
Masukkan pula santan pekat,asam keping dan garam
Masak lagi kira2 5 minit
Siap utk dimakan.

Thursday, December 15, 2011

Kari Daging Sweet Ida

Ini resepi kari daging yang saya masak beberapa minggu dahulu..kurang - kurangkan makan daging ya kerana daging merah tak elok dimakan selalu..sekali sekala memang enak dimakan dan lagi dipanaskan lagi sedap..cicah pula dgn roti sandwich..wallahhh

Kari Daging Sweet Ida


1kg daging segar - dipotong kiub
3 senduk kari daging Baba's( atau apa2 je jenis kari yg anda suka )*
1 senduk serbuk cili Baba's*
1/2 senduk serbuk kunyit *
*Campur dan gaulkan dengan sedikir air
1 sudu kecil rempah campuran(halba, biji sawi,jintan manis & putih)
sedikit kulit kayu manis, 2 biji cengkih, 2 kelopak bunga lawang, 3 biji buah pelaga
1 senduk tomato puri
sedkit pati santan atau susu rendah lemak
ubi kentang
daun kari
10 ulas bwng merah kecil, 6 ulas bwng putih, 1 1/2 inchi halia * separuh diblend n separuh lg diricih halus
1 1/2 senduk minyak jagung / carotino

Cara-cara :

Tumiskan bahan yh diricih halus hingga kekuningan
Masukkan pula bahan tumbuk dan tumis lagi hingga layu dan keperangan
Masukkan rempah campur, kulit kayu manis, cengkih, pelaga n bunga lawang.
Masukkan rempah yg digaul td, tumis lg hingga pecah minyak..masukkan daun kari
Masukkan daging, gaulkan..kecilkan api dan tutup periuk..biarkan selama lebih kurang 10 minit
Masukkan santan atau susu cair secukupnya..
Masukkan kentang..kemudian masukkan tomato puri
Bila kentang sudah empuk baru masukkan garam.
Dah siap..cubalah..kalau dah cuba nanti kc komen ya..

Monday, November 28, 2011

Pau - Chef Li

Saya gilakan pau yang gebus berinti pedas..pau yang selalu ada dalam steamer di restoran2 tu..best gak..lepas cari - cari resepi pau yang banyak di laman maya nih..terjumpa resepi pau dari Chef Li nih..lepas di cuba memang gebus dan putih melepak..



Pau - Chef Li

Bahan-bahan
1 kg tepung Pau (Hong Kong flour)
8 gm yis kering
18 gm baking powder
100 gm gula
30 gm shortening
10 gm voltex/bread improver
2 sudu teh ovalet
500 gm air sejuk



Cara Membuatnya

Masuk semua bahan kering dan gaul rata dalam mixer.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan yis dan gula.
Masukkan shortening. Uli lembut.
Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti.
Peram 20 - 25 minit.

Kukus 8 - 10 minit.

Saturday, November 26, 2011

Maggie Mee Pedas Berkentang

Hujan di petang hari ni membuatkan perut kami sekeluarga berkeroncong...masing -masing dah pusing dapur cari makanan..kuih tiram yang dibuat hari tu dah pun habis..jadi yang ada ialah Maggie Mee perasa kari..mari kita masak maggie cara saya...yg penting mesti extra pedas dan hottt..

Maggie Mee Pedas Berkentang




5 paket Maggie Mee Perasa Kari
1 labu bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - di ketuk
7 biji cili api - potong halus
2 senduk kecil cili kisar
2 biji kentang - potong dadu
udang ikut sukalah..nak letak banyak mana
kicap manis & masin
cili sos
6 biji perahan limau kasturi


Cara :

Gorengkan udang dahulu..ketepikan
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
Msukkan cili kisar...tumis hingga naik bau
Masukkan kentang..
Masukkan cili padi..
Masukkan serbuk perasa kari Maggie
Masukkan cili sos, kicap masin n manis...tumis lg hingga garing
Msukkan udang..kacau lg
Masukkan air secukupnya utk kuah
Bila mendidih masukkan telur..kemudian masukkan maggie mee
Tutupkan api..tuangkan perahan limau kasturi..

Monday, November 21, 2011

The Making of Kuih Tiram ( Step by step )

Dah lama teringin sangat nak mencuba buat kuih tiram nih...sehinggalah terjumpa step by step dari rakan di fb Pn Rina Mohd Dom..thanks kak Rina...

Tapi resepi ini saya gunakan resepi simpanan saya sendiri...sedap, rangup dan lebih enak rasanya...

600gm tepung gandum
1/4 cwn minyak / mentega
3/4 cwn gula
l camca teh esen vanilla
sedikit garam
air secukupnya

Gambar adalah dari percubaan pertama saya..maaf jika gambar2 kurang menarik ya...


--Gaul & uli doh hingga sebati

Bulat - bulatkan spt ini...



Canai nipis2...



Then sapukan minyak masak..taburkan tepung sagu/ ubi


Gulungkan spt menggulung carpet/ tikar tu..then taburkan tepung..tekan-tekankan guna tangan..



Potong-potong mengikut saiz yg anda mahukan


Ambil satu potongan dan lenyekkan dgn menggunakan scrapper atau pisau pun boleh juga..

Buatkan hingga habis..taburkan tepung supaya potangan tidak melekat - lekat antara satu sama lain...





Gorengkan dgn api sederhana..toskan minyak sehingga 2 hari utk betul-betul kering..baru ditaburkan gula icing atau gula castor yg dimesin..





Selamat mencuba..

Friday, November 18, 2011

Pecal Mak Mentuo Den



Pecal ni saya belajar dari mak mertua saya yang baik hati..Mak Ani mmg terbaekk..lepas kawin saya banyak belajar masakan kegemaran en suami saya..sudah tentu belajar dari mak mertua adalah cara yang paling baik utk mendapat rahsia masakan kegemaran anaknya...so marilah saya kongsikan rahsia membuat pecal ini..hehehe..yo yo aje aku nih...

Bahan-bahan

Boleh guna apa2 aje sayuran kesukaan yg sesuai la..kalau ikut mak mertua saya..inilah yg digunakan..

Kangkung
Kacang panjang
Sengkuang
Timun
Taugeh

- Semua sayuran dibersihkan dan dicelur kecuali timun..


Cara membuat kuah pecal..

Kacang tanah - digoreng dan dibleng atau ditumbuk..ikut kesukaan anda
Bawang merah - dihiris halus..kemudian digoreng
Belacan - digoreng
Cili kering - dicuci dan kemudian digoreng hingga garing
Perahan air asam jawa - guna air masak..kalau x nnti keluar masuk tandas...hahah

- Blend semua bahan dgn air asam jawa, gula dan sedikit garam..

Gaulkan bersama kacang tanah..siap utk dingap seisi keluarga..

Wednesday, November 2, 2011

Ikan bilis + kacang tanah berlada Mak Mentuo Den

Salam..

Semakin rajin pula saya memasak kebelakangan nih..harap2 seisi rumah tak akan menjadi obes..hahah

Semalam masak sup bayam, sambal udang, sambal ikan bilis + kacang berlada, ikan tungkul goreng..then saya buat ubi rebus cicah kelapa parut + gula ..sedapnya..nyum nyum..sbb En Suami x leh makan udang maka saya masakkan ikan bilis + kacang berlada kegemarannya..resepi mak mertua den ni..omak den x penah masak sambal ni deh.. x tau lak kenapa..jd resepi mak mentua ni saya turunkan kepada anda pulak ya..meh layan..




Ikan bilis segar - goreng garing dan toskan
Kacang tanah - goreng dan toskan
Cili kering blend dgn bawang putih dan bwng merah - secukupnya
Garam dan gula
Saya suka tambahkan sedikit cili sos...terpulang kpd citarasa anda

Cara

Tumiskan cili kering blend ssehingga garing dan naik bau..masukkan cili sos..masukkan garam dan gula secukupnya..biar hingga betul - betul kering dan garing..barulah dimasukan ikan bilas dan kacang tanah..
Jika betul - betul garing boleh disimpan lama...lapar2 tengah malam leh mkn dgn roti..cubalah resepi ibu mertuaku ini..


Layan gambar2 masakan saya semalam...

Sambal udang pedas x menahan..


Ubi rebus..





Kelapa parut gaul dgn gula..buat pencuci mulut selepas kepedasan makan sambal pedas2..hahah

Tuesday, October 25, 2011

Donut

Assalamualaikum..


Hari ni kita bercuti sempena Hari Deepavali..kalau takde apa -apa aktiviti tentu seronok kalau kita memasak utk santapan seisi keluarga.Saya selalunya suka memasak bila ada dirumah. Anak - anak tentu suka makan masakan kita kan..hari ni saya buat donut dan pau sambal sebagai sarapan pagi.

Jom tengok resepinya..

Bahan - bahan:

11 gm yis mauripan
1/4 cawan air suam
sedikit gula castor
=> campur dan larutkan dan biarkan selama 5 minit utk penapaian

1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening ( marjerin / butter pun boleh )
5 cawan tepung
Minyak utk menggoreng

Cara - cara:


Yis mauripan 1 packet



Masukkan yis ke dlm bekas, masukan gula


Masukkan air suam..


Larutkan


Yis yg elok dan hidup akan berbuih spt ini..



Semua bahan - bahan masukkan ke dalam bekas..kacaukan aduanan hingga sebati




Jika adunan anda masih melekat dijari, taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai atau meja kerja anda dan ulikan..sehingga doh tidak lg melekat di jari..tetapi jgn trlmpau banyak tepung digunakan kerana ianya akan keras







Teruskan menguli selama lebih kurang 10 minit..


Uli..uli


Doh akan mnjadi elastik dan menganjal..masukkan ke dlm bekas lain yg digriskan minyak atau shortening..tutupkan dgn kain lembap dan peramkan selama lebih kurang 60 ke 90 minit..atau sehingga doh naik 2 kali ganda





Doh yg sudah naik..tumbukkan utk proses membuang anginnya..rehatkan selama 5 minit dan sedia utk proses mencanai


Canaikan doh dan terapkan dgn acuan donut...separuh saya bulat -bulatkan utk dijadikan pau sambal...
Selepas diterap..susunkan dalam tray..tutpkan dgn kain kering..biarkan naik selama 30 minit..



Bolehlah digoreng dan ditaburkan gula castor..




Utk pau sambal..goreng bulat - bulat doh..lps goreng dibelah tgh dan dimasukkan inti sambal atau sardin pun sedap juga..saya buat inti sardin..sedap..cubalah