Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Kari Daging Sweet Ida

Ini resepi kari daging yang saya masak beberapa minggu dahulu..kurang - kurangkan makan daging ya kerana daging merah tak elok dimakan selalu..sekali sekala memang enak dimakan dan lagi dipanaskan lagi sedap..cicah pula dgn roti sandwich..wallahhh

Kari Daging Sweet Ida


1kg daging segar - dipotong kiub
3 senduk kari daging Baba's( atau apa2 je jenis kari yg anda suka )*
1 senduk serbuk cili Baba's*
1/2 senduk serbuk kunyit *
*Campur dan gaulkan dengan sedikir air
1 sudu kecil rempah campuran(halba, biji sawi,jintan manis & putih)
sedikit kulit kayu manis, 2 biji cengkih, 2 kelopak bunga lawang, 3 biji buah pelaga
1 senduk tomato puri
sedkit pati santan atau susu rendah lemak
ubi kentang
daun kari
10 ulas bwng merah kecil, 6 ulas bwng putih, 1 1/2 inchi halia * separuh diblend n separuh lg diricih halus
1 1/2 senduk minyak jagung / carotino

Cara-cara :

Tumiskan bahan yh diricih halus hingga kekuningan
Masukkan pula bahan tumbuk dan tumis lagi hingga layu dan keperangan
Masukkan rempah campur, kulit kayu manis, cengkih, pelaga n bunga lawang.
Masukkan rempah yg digaul td, tumis lg hingga pecah minyak..masukkan daun kari
Masukkan daging, gaulkan..kecilkan api dan tutup periuk..biarkan selama lebih kurang 10 minit
Masukkan santan atau susu cair secukupnya..
Masukkan kentang..kemudian masukkan tomato puri
Bila kentang sudah empuk baru masukkan garam.
Dah siap..cubalah..kalau dah cuba nanti kc komen ya..

Friday, August 6, 2010

Rendang Tok Perak



Rendang Tok

1kg daging batang pinang yang segar
1/2 kg bawang besar - di ricih halus
1 inchi lengkuas - di tumbuk pecah - pecah
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 kg cili kering *
5 ulas bawang putih *
10 biji bawang besar*
1 inchi halia * Kisar halus semua*
Gula melaka - 2 ketul
Garam secukupnya
Kerisik secukupnya
Jika dapat masukkan juga sekeping isi kelapa bakar .
Santan dari 2 biji kelapa

Cara menyediakan :-

Daging di potong kiub dan dibersihkan.
Untuk dapatkan serbuk ketumbar,jintan manis & putih - Goreng tanpa minyak dan kisar halus.
Masukkan semua bahan bahan kecuali gula melaka dan garam ke dalam periuk dan perapkan selama 1 jam.
Kemudian jerangkan di atas api yang sederhana.
Bila ianya sudah kering sedikit, masukkan gula melaka & kerisik.
Akhir sekali barulah masukkan garam.
Masak hingga kering dan rendang akan berwarna kehitaman.
Jika suka boleh juga masukkan daun kunyit.

Nota : Kena kacau selalu supaya tidak hangus. Masak hingga kering

Friday, July 24, 2009

Daging Cili Api Berkicap




Bahan – bahan

Daging - 1/2kg Cili padi - 15 ulas
Bawang besar - 3 biji
Halia - 1/2 inci
Sos Tiram - 2 sudu besar
Kicap - 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)

Cara membuatnya
1. Daging di potong nipis, gaulkan dengan kicap . Rebus bersama hirisan bawang besar hingga daging empuk.Biarkan kering dan pada peringkat ini daging jadi kehitaman.Ketepikan.
2. Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar.
3. Tumis bahan (2) di atas hingga garing
4. Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
5. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi
6. Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.

Gulai Perut dan Rebung



Asalamualaikum

Cuaca agak redup hari ni..jadi Ida nak pilih masakan yang agak pedas unutk menghangatkan badan..haha

Lagi pun cik abang sayang sukakan masakan yang pedas dan hangat

Siapa orang nogori sebanarnya sekarang nih..

Gulai rebung dan perut memang salah satu kegemaran dia..tapi perut tak elok dimakan selalu

Jadi jika tak mahu masukkan perut boleh juga digantikan dengan kaki ayam atau ikan jeruk pun sedap juga

Kalau dulu - dulu ayah Ida selalu je buat sendiri rebung ni

Di kebun kami ada serumpun buluh yang rimbun, bila ada rebung yg belum jadi buluh tu ayah Ida biasanya akan ambil dan dimayang halus - halus..rajinkan ayah Ida..tu yang sayang lebih kat ayah..huhu









Bahan – bahan

1/2 kg perut lembu
1 biji kelapa -asingkan pati
1 mangkuk rebung
garam secukup rasa
15 - 20 biji cili padi* - tambah jika ingin pedas
6 ulas bawang merah*
1 inchi kunyit hidup* - ditumbuk lumat/kisar

Cara membuatnya
1. Rebus perut sehingga empuk dan hiris memanjang.
2. Masukkan perut , bahan kisar,rebung dan santan cair ke dalam periuk lalu didihkan perlahan - lahan .
3. Kemudian masukkan santan pekat dan juga garam secukup rasa.
4. Masak atas api perlahan sehingga mendidih . Kacau selalu agar tidak pecah minyak .
* Boleh juga masukkan daun kunyit dan serai jika suka

Kuzi Daging

Bahan – bahan

5 camca besar minyak masak
600 gram daging, dipotong sederhana besar
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
sedikit bawang goreng
sedikit garam dan gula

Bahan – bahan dikisar

5 biji bawang putih
8 biji bawang merah
1 ketul halia (5cm)

Rempah Tumis

1 keping kulit kayu manis
5 buah pelaga, dititik
1 camb jintan manis
1 camb jintan putih
1 camb biji lada

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan penumis kemudian masukkan bahan kisar .
2. Masukkan daging bersama susu cair dan sos tomato. Kacau sehingga kuah sebati dengan daging. Biarkan mendidih di atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan taburkan bawang goreng. Kacau hingga rata

Sambal Daging Berempah

Bahan – bahan

1/2 kg daging
15 - 20 tangkai cilikering
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inchi halia
1 paket kecil serbuk kari daging Baba's
garam
air asam jawa
bungan lawang, cengkih dan kulit kayu manis sebagai penumis

Cara membuatnya
1. Potong kiub daging dan toskan .
2. Kisar cili kering , bawang merah , putih dan halia . Kemudian bancuhkan bersama serbuk kari .
3. Tumiskan rempah penumis hingga naik bau ..masukkan bancuhan cili dan serbuk kari tadi . Biarkan hingga kering dan garing .
4. Masukkan daging dan biarkan seketika . Kecilkan api .
5. Masukkan pula air asam jawa ,garam dan gula . Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda . Sedia dihidangkan .

Semur Daging

Bahan – bahan

1 kg daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 camca besar air limau nipis
1 camca teh gula pasir (ikut rasa sendiri)
garam
ajinomoto
kicap (lemak manis) secukupnya
3 ulas bawang merah untuk menumis

Bahan Kisar

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Hiasan

Bahan untuk hiasan:
kentang dipotong baji (digoreng)
daun bawang dipotong sepanjang 1 inci

Cara membuatnya
1. Perapkan semua bahan-bahan tadi kecuali bahan hiasan dan kicap selama 1 jam (minimum). Kalau perap lagi lama lagi bagus.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing dan masukkan daging yang telah diperap tadi dan masaklah sampai empuk. masukkan kicap dan kentang.
3. Akhir sekali taburkan daun bawang, kacau sekali dua, dan hidangkan.

Beef Steak


Bahan – bahan

4 keping daging ( Khas untuk steak)
1/2 cawan jus halia
1/2 cawan air bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara membuatnya :

1. Kepingan daging diperap bersama jus halia,air bawang putih dan serbuk lada hitam selama beberapa minit.
2. Kemudian panaskan kuali dan goreng kepingan daging tanpa minyak.
3. Setelah masak hidangkan bersama sos beef steak

Sos Beef Steak



Bahan – bahan

340gm sos cili
200gm sos tomato
2 sudu kecil gula
sedikit garam
6 cawan stok daging
6 ulas bawang putih ( dikisar ) 5 cm halia ( dikisar )

Cara membuatnya :

1. Tumis halia bersama bawang putih . Kemudian masukkan pula sos tomato, sos cili, garam,gula dan stok daging.
2. Untuk pekatkan kuah masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.

Black Pepper Steak




Bahan – bahan

4 keping daging ( Khas unutk steak )
1/2 cawan jus halia
1/2 cawan air bawang putih
4 sudu besar lada hitam ( dikisar )
1 biji ubi kentang ( dibuang kulit dan direbus )
1 biji tomato dipotong bulat
sedikit daun salad

Cara membuatnya :

1. Kepingan daging diperap dengan jus halia, air bawang putih dan serbuk lada hitam sehingga beberapa minit.
2. Panaskan kuali dan gorengkan daging yang diperap tadi tanpa minyak. 3. Setelah masak angkat dan masukkan di dalam pinggan. Hiaskan dengan tomato, ubi kentang dan daun salad.Tuangkan sos Black Pepper Steak di atasnya.



Sos Black Pepper Steak

Bahan – bahan

340gm sos cili
200gm sos tomato
2 sudu kecil gula
sedikit garam
6 cawan stok daging ( air rebusan daging )
6 ulas bawang putih ( dikisar )
5 cm halia ( dikisar )
4 sudu besar serbuk lada hitam ( secukupnya )


Cara membuatnya :

1. Tumis halia bersama bawang putih . Kemudian masukkan pula sos tomato, sos cili,serbuk lada hitam, garam,gula dan stok ayam.
2. Untuk pekatkan kuah masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.

Daging Masak Hitam

Bahan – bahan

1 kg daging
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cawan kerisik
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air asam jawa
2 ulas bawang besar (di hiris bulat)
2 tangkai cili hidup (untuk hiasan)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia dan kerisik.
2.Daging di basuh dan di potong nipis.
3.Campurkan bahan yang di kisar tadi dengan serbuk lada hitam,jintan manis dan jintan putih.
4.Panaskan minyak dalam kuali.tumis rempah diatas sehingga garing.
5.Masukkan daging garam serta air asam jawa.Biarkan mengelegak dan daging empuk.
6.Masukan bawang besar serta cili potong.setelah bawang layu,angkat dan hidangkan.

Rendang Daging




Bahan – bahan


1kg. daging, dipotong mengikut citarasa
2 helai daun kunyit disiat-siat
4 batang serai, dihiris nipis
2 helai daun limau purut - jika suka
minyak untuk menumis
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan ketumbar ] disangai hingga
½ sudu makan jintan manis ] wangi, barulah
½ sudu makan jintan putih ] ditumbuk lumat
½ biji kelapa, jadikan kerisik
1 ½ biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan
sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa - jika suka

Bahan-bahan kisar
500gm bawang merah
1 labu bawang putih
1 inci kunyit, lengkuas dan halia
2 senduk cili kisar (cili kering + cili padi)

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan garing.
2. Kemudian baru dimasukkan cili dan terus dikacau hingga garing. Masukkan rempah kari, ketumbar jintan, serai yang dihiris dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata-rata dan tutupkan kuali. Masak sampai kering airnya, sambil itu dikacau sekali sekala supaya tidak hangit.
4. Kemudian masukkan air asam jawa, santan dan terus dikacau sampai daging empuk. Bila daging sudah empuk, masukkan garam dan serbuk perasa, daun kunyit yang telah disiat-siat, daun limau purut dan kerisik. Teruskan mengacaunya sampai kering dan pecah minyak.

Kari Daging




Bahan – bahan


1/2 kg daging - dipotong dan dibersihkan
3 packet sebuk kari Baba's - dibancuh dengan sedikit air
sedikit serbuk cili
4 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }
1 inchi halia } dikisar halus
air asam jawa
5 biji tomato masak - dikisar
4 biji ubi kentang - di potong 4
kulit kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih untuk menumis

Cara membuatnya
1. Tumiskan penumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar . Biarkan sehingga kekuningan dan naik baunya .
2. Masukkan pula serbuk kari dan serbuk cili .. biarkan sehingga pecah minyak
3. Masukkan perahan air asam jawa ..kemudian masukkan daging dan biarkan sehingga mendidih
4. Masukkan pula ubi kentang dan juga jus tomato yang diblend tadi .
5. Biarkan sehingga pekat dan sesuaikan rasanya . Bolehlah dihidangkan