Thursday, December 3, 2009

Gulai Ayam Kampung Omak Den Layi



Siapakah gerangan anak dara pingitan iteww ..hahah..

comotnya nanti sapa nak masuk meminang nih ..bahah.. jgn marah ya itulah adik saya ..dah beranak 2 dah tu..huhu

Kitorang kalau balik kampung ...ayah mesti korbankan ayam kampung dia utk santapan anak2 dia yg kuat makan ini..

Setakat 2 3 ekor mananya nak cukup ..takde maknenya .. kurang2 pun 5 6 ekor ...maunya tak seperiuk besar nak menggulainya.

So .. kami lebih suka masak cara tradisional .. guna dapur kayu .. lebih cepat dimasak lebih sedap dimakan.

Okay mari saya berikan resepinya...

5 ekor ayam kampng .. di potong ikut suka andalah m
Satu mangkuk rempah kari Babas
Satu mangkuk cili kering yg dah diblend halus
Setengah mangkuk serbuk kunyit
Air secukupnya .. semuanya dibancuhkan sebati

5 - 10 labu besar - dimayang halus
1 labu bwng putih -dimayang halus
Halia anggaran 3 -4 inchi .. di mayang halus
Separuh diblend sekali dgn cili kering utk paste diatas

4 biji kelapa - ambil santannya
4 - 5 keping asam keping atau perahan asam jawa pekat secukupnya


Caranya:

1. Cuci bersih ayam dan digaulkan dgn garam kuniyt.
2. Panaskan minyak secukupnya .. tumiskan bhan2 yg telah dimayang halus tadi. Biarkan hingga layu dan kekuningan.
3. Kemudian masukkan paste yg telah dibancuh tadi ..tumiskan hingga pecah minyak, naik baunya dan garing
4. Dah betul2 garing masukkan ayam dam tutupkan periuk ..
5.Selepas 15 - 30 minit, masukkan santan dan kentang
6. Masukkan juga serai yg diketuk dan daun limau purut jika suka..
7. Masukan beberapa keping asam keping atau perahan asam jawa secukupnya.
8. Selepas kentang empuk barulah masukkan garam .Ini kerana kentang akan menyerap rasa masin garam iteww.

Sunday, July 26, 2009

Ketam Pedas Berempah



Bahan - bahan

1 kg ketam - dibelah dua
100 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
200 gm rempah kari
50 gm ketumbar - ditumbuk halus
50 gm serbuk kunyit
2 biji telur
sedikit daun kari
10 tangkai cili kering }
5 biji bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
sedikit jintan putih - ditumbuk halus
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan - bahan tersebut dan perapkannya dalam peti sejuk selama semalaman.
2. Gorengkan ketam sehingga berwarna keemasan . Hias dan hidangkan.

Ketam Bercili




Bahan – bahan

1 kg ketam
70 gm bawang merah }
40 gm bawang putih }
300 gm cili merah } dikisar
100ml minyak masak
semangkuk kecil sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1. Ketam dipotong mengikut citarasa anda, dibersihkan dan kemudian digoreng .
2. Tumiskan bahan kisar . Biarkan sehingga naik baunya dan garing.
3. Masukkan sos tiram, garam dan gula . Kacau hingga sebati .
4. Masukkan ketam dan balik - balikkan seketika . Bolehlah diangkat dan dihidangkan

Ketam Berempah Simple



Ini adalah resepi istimewa dari ayah kesayangan saya..simple dan sedap..cubalah.

Bahan – bahan

4 ekor ketam
2 peket serbuk kari Baba's
3 sudu besar cili giling / cli boh
Bawang besar dipotong bulat - untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
1. Ketam dipotong mengikut citarasa anda dan kemudian dibersihkan .
2. Bancuhkan serbuk kari ,cili giling ,garam dan gula (jangan terlalu cair ).Gaulkan bancuhan ini bersama ketam dan biarkan seketika.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak . Gorengkan ketam tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian gorengkan bawang besar .
4. Sedia dihidangkan . Cubalah pasti menjilat jari.

Friday, July 24, 2009

Kari Ikan Tenggiri


Bahan – bahan

3-4 keping ikan tenggiri .
2 paket kecil serbuk kari Baba's
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia - anggaran seinci
Sedikit sahaja santan cair
Sedikit rempah penumis dan sedikit halba
Asam jawa - anggaran sekepal
Daun kesum dan bungan kantan secukupnya
Bendi dan tomato secukupnya
4-5 biji cili hijau
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun kari

Cara membuatnya
1. Tumbuk bawang merah ,bawang putih dan halia hingga lumat .Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air dan ketepikan.
2. Tumiskan halba dan bahan penumis hingga naik baunya ,masukkan pula bahan tumbuk dan daun kari... biarkan hingga naik baunya . Masukkan pula serbuk kari yang telah dibancuh tadi.Biarkan sehingga pecah minyak
3. Masukkan santan , air asam jawa dan ikan . Biarkan hingga kuah mendidih
4. Masukkan pula bendi , garam dan gula secukupnya .Kemudian masukkan tomato dan cili hijau .Bila semuanya sudah empuk bolehlah tutupkan api .
5. Sedia dihidangkan

Asam Pedas Ikan Parang Istimewa




Bahan – bahan

3-4 keping ikan parang di bersihkan .
15-20 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Kunyit hidup - aggaran seinci
Halia - anggaran seinci
Air asam jawa secukupnya
Daun kesum dan bungan kantan secukupnya
Bendi dan tomato secukupnya
Sedikit belacan - jika suka
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya
1. Cili kering ,bawang merah ,bawang putih,belacan ,kunyit hidup dan halia di kisar .
2. Tumiskan bahan kisar di dalam periuk sehingga cili garing , bolehlah masukkan perahan air asam jawa dan ikan .
Biarkan seketika.
3. Masukkan pula bendi ,biarkan seketika dan masukkan tomato , daun kesum dan bunga kantan
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa . Biarkan mendidih seketika dan bolehlah ditutupkan apinya
5. Bolehlah dihidangkan

Ikan Keli Berlada

Bahan – bahan

3-4 ekor ikan keli di bersihkan -dipotong ikut citarasa anda .
13-15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya
1. Goreng ikan sehingga garing .Ketepikan
2. Cili kering ,bawang merah dan bawang putih di kisar .
3. Tumiskan bahan kisar di atas kuali sehingga cili garing ,
bolehlah masukkan perahan air asam jawa,
garam dan sedikit gula ( jika suka ).
4. Biarkan sehingga kering , masukkan ikan sembilang . Balik - balikkan ikan
dan bolehlah ditutupkan apinya .
5. Sedia di hidangkan .Selamat mencuba .

Gulai Tempoyak Mentimun Kuning


Bahan – bahan

2-3 ekor ikan selar /kembung
Sebiji mentimun kuning - dipotong serong
Sebiji kelapa parut diambil santannya - asingkan patinya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 -20 biji cili api
Kunyit hidup aggaran seinchi
3 batang serai - dititik
Tempoyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya

1. Bawang putih, bawang merah, cili api dan kunyit hidup ditumbuk lumat
2. Masukan bahan tumbuk, serai , santan cair , ikan dan tempoyak ke dalam
periuk . Jerangkan keatas api yang sederhana.
3. Masukkan pula mentimun kuning dan biarkan mendidih seketika .
4. Masukkan pula pati santan dan garam secukup rasa .
5. Biarkan mendidih dan kuahnya pekat sedikit ...boleh ditutupkan apinya.
6. Sedia dihidangkan .

Sardin Sambal Pedas




Bahan – bahan

1 tin besar sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
13 biji cili kering
5-6 biji limau kasturi
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya
1. Bawang putih, bawang merah dan cili kering dikisar
2. Tumis bahan kisar sehingga garing dan masukkan sos ikan sardin
3. Masukkan sedikit air Kacau perlahan
dan biarkan mendidih
4. Masukkan pula ikan sardin dan bawang besar yang di potong bulat
5. Masukkan garam dan gula secukup nya dan sesuaikan rasanya mengikut
citarasa anda
6. Perahkan air limau kasturi, kacau sebati dan tutupkan api.Selamat mencuba

Gulai Nenas Ikan Masin




Bahan – bahan

1 biji nenas masak
2 keping ikan kurau masin
1 biji kelapa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inchi kunyi hidup
10 biji cili api

Cara memasak

1. Tumbuk cili api ,bawang merah & putih dan kunyit hidup
2. Potong nenas mengikut kesukaan anda
3. Bersihkan ikan kurau
4. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama santan cair
5. Masakkan selama lebih kurang 5 minit , masukkan pula santan pekat.
6. Masukkan sedikit gula dan garam.
7. Jika ikan terlalu masin tidak perlu tambah garam lagi ke dalam kuah.
8. Biarkan sehingga agak pekat dan bolehlah dihidangkan

Ikan Keli Gulai Tempoyak




Bahan – bahan

4 ekor ikan keli ( dipotong kecil )
20 biji cili padi
1 mangkuk kecil tempoyak (ikut suka )
1 inchi kunyit hidup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1 biji kelapa

Cara memasaknya

Bersihkan ikan sembilang dan di gaul bersama garam dan kunyit. Ketepikan.
Kisar cili padi,bawang merah & putih dan kunyit hidup
Serai dititik
Masukkan bahan kisar,tempoyak,serai dan ikan sembilang
ke dalam periuk.
Masukkan sedikit air,garam dan gula secukup rasa.
Masak pekat.
Sedia dihidangkan

Hati Ayam Berempah




Bahan – bahan

1 kg hati & pedal
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah*
1 inchi halia * - tumbuk halus
2 sudu besar cili kisar
kicap manis secukupnya
bawang besar - dipotong bulat
3 helai daun kunyit - di racik halus
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Bersihkan hati dan pedal ayam. gaulkan dengan garam,kunyit dan kicap manis &masin.Goreng hingga cukup masak
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau ..masukkan cili giling dan masak lagi hingga garing . Masukkan sedikit air ,garam dan gula,kicap manis, bawang besar dan hati & pedal goreng tadi.Gaul rata ..kemudian masukkan pula daun kunyit.


H

Ayam Masak Merah



Ayam Masak Merah






Bahan – bahan

1 ekor ayam (di bersihkan dan di potong mengikut suka)
3 sudu besar cili kering (di kisar)
1 sudu besar tomato puri
1 senduk sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Air asam jawa
10 ulas bawang merah (di kisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
2 batang serai di ketuk
2 biji bawang besar di potong nipis
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian di goreng.
2.Tumis cili kering,bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia dan serai.Setelah naik bau,masukan tomato puri, sos tomato dan sos tiram
3. Masukkan perahan asam jawa
4.Akhir sekali masukan ayam dan gaul rata.
5.Ketika hendak menghidang,taburkan dengan kacang pis.

Rendang Ayam



Assalamualaikum

Puas Ida fikir - fikir menu apa nak masak hari ni

Bila tanya cik abang sayang katanya teringin nak makan rendang ayam berempah

Okay hari ni saya nak masak rendang ayam berempah stail ayah saya

Stail orang melaka

Simple je tapi sedap..cubalah






Bahan – bahan

Seekor ayam - di potong ikut citarasa anda
Satu mangkuk kecil serbuk kari daging
Satu mangkuk kecil cili kering yg dimesin
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Kunyit hidup - aggaran seinci
Halia- dihiris
3 btg serai - dimesin
Santan dari sebiji kelapa - asingkan patinya
Air asam jawa secukupnya
Daun kunyit & daum limau purut dihiris halus
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak unutk menumis


Cara membuatnya


Tumiskan bahan yang dihiris hingga naik baunya
Tumiskan rempah hingga garing dan pecah minyak
Kemudian masukkan ayam
Biarkan hingga ayam sebati dengan rempah
Masukkan santan cair
Bila empuk masukkan santan pekat, perahan asam jawa, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya




Gulai Ayam Cili Api Berempah



Assalamualaikum

  Gulai ayam menjadi kegemaran den dan juga suami den

Anak - anak tak berapa suka sebab pedas

Biasanya den tak tak masak banyak sekadar untuk kami berdua sahaja

Kalau masak lemak den suka kalau ditumis dengan rempah  yg disangai terlebih dahulu

Ia akan memberikan rasa dan aroma yang berlainan dari gulai ayam biasa yang tidak ditumis

Jo kita mula memasak






Bahan – bahan

Seekor ayam - di potong ikut citarasa anda
15 - 20 tangkai cili padi - ditambah jika suka pedas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Kunyit hidup - aggaran seinci
2 batang serai - dititik
Satu sudu teh ketumbar
Satu sudu teh jintan putih
3 - 4 biji ubi kentang - di belah 4
Santan dari sebiji kelapa - asingkan patinya
Garam secukupnya
Sedikit minyak unutk menumis

Cara membuatnya


1. Cili padi ,bawang merah ,bawang putih,dan kunyit hidup di tumbuk halus .
2. Goreng tanpa minyak ketumbar dan jintan putih kemudian tumbuk halus.
3. Tumiskan bahan tumbuk bersama ketumbar dan jintan putih yang telah
ditumbuk tadi sehingga naik baunya














4. Masukkan serai dan ayam .. balik - balikkan ..kemudian tutup periuk dan
perlahankan api ...biarkan selama lebih kurang 5 - 10 minit
( supaya ayam sebati dengan bahan tumisan tadi )
5. Masukkan santan cair biarkan mendidih kemudian masukkan ubi kentang .
6. Masukkan pati santan , garam dan sedikit perahan air asam jawa .Biarkan
seketika ..kemudian bolehlah dihidangkan




Daging Cili Api Berkicap




Bahan – bahan

Daging - 1/2kg Cili padi - 15 ulas
Bawang besar - 3 biji
Halia - 1/2 inci
Sos Tiram - 2 sudu besar
Kicap - 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)

Cara membuatnya
1. Daging di potong nipis, gaulkan dengan kicap . Rebus bersama hirisan bawang besar hingga daging empuk.Biarkan kering dan pada peringkat ini daging jadi kehitaman.Ketepikan.
2. Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar.
3. Tumis bahan (2) di atas hingga garing
4. Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
5. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi
6. Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.

Gulai Perut dan Rebung



Asalamualaikum

Cuaca agak redup hari ni..jadi Ida nak pilih masakan yang agak pedas unutk menghangatkan badan..haha

Lagi pun cik abang sayang sukakan masakan yang pedas dan hangat

Siapa orang nogori sebanarnya sekarang nih..

Gulai rebung dan perut memang salah satu kegemaran dia..tapi perut tak elok dimakan selalu

Jadi jika tak mahu masukkan perut boleh juga digantikan dengan kaki ayam atau ikan jeruk pun sedap juga

Kalau dulu - dulu ayah Ida selalu je buat sendiri rebung ni

Di kebun kami ada serumpun buluh yang rimbun, bila ada rebung yg belum jadi buluh tu ayah Ida biasanya akan ambil dan dimayang halus - halus..rajinkan ayah Ida..tu yang sayang lebih kat ayah..huhu









Bahan – bahan

1/2 kg perut lembu
1 biji kelapa -asingkan pati
1 mangkuk rebung
garam secukup rasa
15 - 20 biji cili padi* - tambah jika ingin pedas
6 ulas bawang merah*
1 inchi kunyit hidup* - ditumbuk lumat/kisar

Cara membuatnya
1. Rebus perut sehingga empuk dan hiris memanjang.
2. Masukkan perut , bahan kisar,rebung dan santan cair ke dalam periuk lalu didihkan perlahan - lahan .
3. Kemudian masukkan santan pekat dan juga garam secukup rasa.
4. Masak atas api perlahan sehingga mendidih . Kacau selalu agar tidak pecah minyak .
* Boleh juga masukkan daun kunyit dan serai jika suka

Kuzi Daging

Bahan – bahan

5 camca besar minyak masak
600 gram daging, dipotong sederhana besar
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
sedikit bawang goreng
sedikit garam dan gula

Bahan – bahan dikisar

5 biji bawang putih
8 biji bawang merah
1 ketul halia (5cm)

Rempah Tumis

1 keping kulit kayu manis
5 buah pelaga, dititik
1 camb jintan manis
1 camb jintan putih
1 camb biji lada

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan penumis kemudian masukkan bahan kisar .
2. Masukkan daging bersama susu cair dan sos tomato. Kacau sehingga kuah sebati dengan daging. Biarkan mendidih di atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan taburkan bawang goreng. Kacau hingga rata

Sambal Daging Berempah

Bahan – bahan

1/2 kg daging
15 - 20 tangkai cilikering
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inchi halia
1 paket kecil serbuk kari daging Baba's
garam
air asam jawa
bungan lawang, cengkih dan kulit kayu manis sebagai penumis

Cara membuatnya
1. Potong kiub daging dan toskan .
2. Kisar cili kering , bawang merah , putih dan halia . Kemudian bancuhkan bersama serbuk kari .
3. Tumiskan rempah penumis hingga naik bau ..masukkan bancuhan cili dan serbuk kari tadi . Biarkan hingga kering dan garing .
4. Masukkan daging dan biarkan seketika . Kecilkan api .
5. Masukkan pula air asam jawa ,garam dan gula . Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda . Sedia dihidangkan .

Semur Daging

Bahan – bahan

1 kg daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 camca besar air limau nipis
1 camca teh gula pasir (ikut rasa sendiri)
garam
ajinomoto
kicap (lemak manis) secukupnya
3 ulas bawang merah untuk menumis

Bahan Kisar

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Hiasan

Bahan untuk hiasan:
kentang dipotong baji (digoreng)
daun bawang dipotong sepanjang 1 inci

Cara membuatnya
1. Perapkan semua bahan-bahan tadi kecuali bahan hiasan dan kicap selama 1 jam (minimum). Kalau perap lagi lama lagi bagus.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing dan masukkan daging yang telah diperap tadi dan masaklah sampai empuk. masukkan kicap dan kentang.
3. Akhir sekali taburkan daun bawang, kacau sekali dua, dan hidangkan.

Beef Steak


Bahan – bahan

4 keping daging ( Khas untuk steak)
1/2 cawan jus halia
1/2 cawan air bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara membuatnya :

1. Kepingan daging diperap bersama jus halia,air bawang putih dan serbuk lada hitam selama beberapa minit.
2. Kemudian panaskan kuali dan goreng kepingan daging tanpa minyak.
3. Setelah masak hidangkan bersama sos beef steak

Sos Beef Steak



Bahan – bahan

340gm sos cili
200gm sos tomato
2 sudu kecil gula
sedikit garam
6 cawan stok daging
6 ulas bawang putih ( dikisar ) 5 cm halia ( dikisar )

Cara membuatnya :

1. Tumis halia bersama bawang putih . Kemudian masukkan pula sos tomato, sos cili, garam,gula dan stok daging.
2. Untuk pekatkan kuah masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.

Black Pepper Steak




Bahan – bahan

4 keping daging ( Khas unutk steak )
1/2 cawan jus halia
1/2 cawan air bawang putih
4 sudu besar lada hitam ( dikisar )
1 biji ubi kentang ( dibuang kulit dan direbus )
1 biji tomato dipotong bulat
sedikit daun salad

Cara membuatnya :

1. Kepingan daging diperap dengan jus halia, air bawang putih dan serbuk lada hitam sehingga beberapa minit.
2. Panaskan kuali dan gorengkan daging yang diperap tadi tanpa minyak. 3. Setelah masak angkat dan masukkan di dalam pinggan. Hiaskan dengan tomato, ubi kentang dan daun salad.Tuangkan sos Black Pepper Steak di atasnya.



Sos Black Pepper Steak

Bahan – bahan

340gm sos cili
200gm sos tomato
2 sudu kecil gula
sedikit garam
6 cawan stok daging ( air rebusan daging )
6 ulas bawang putih ( dikisar )
5 cm halia ( dikisar )
4 sudu besar serbuk lada hitam ( secukupnya )


Cara membuatnya :

1. Tumis halia bersama bawang putih . Kemudian masukkan pula sos tomato, sos cili,serbuk lada hitam, garam,gula dan stok ayam.
2. Untuk pekatkan kuah masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.

Daging Masak Hitam

Bahan – bahan

1 kg daging
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cawan kerisik
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air asam jawa
2 ulas bawang besar (di hiris bulat)
2 tangkai cili hidup (untuk hiasan)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia dan kerisik.
2.Daging di basuh dan di potong nipis.
3.Campurkan bahan yang di kisar tadi dengan serbuk lada hitam,jintan manis dan jintan putih.
4.Panaskan minyak dalam kuali.tumis rempah diatas sehingga garing.
5.Masukkan daging garam serta air asam jawa.Biarkan mengelegak dan daging empuk.
6.Masukan bawang besar serta cili potong.setelah bawang layu,angkat dan hidangkan.

Rendang Daging




Bahan – bahan


1kg. daging, dipotong mengikut citarasa
2 helai daun kunyit disiat-siat
4 batang serai, dihiris nipis
2 helai daun limau purut - jika suka
minyak untuk menumis
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan ketumbar ] disangai hingga
½ sudu makan jintan manis ] wangi, barulah
½ sudu makan jintan putih ] ditumbuk lumat
½ biji kelapa, jadikan kerisik
1 ½ biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan
sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa - jika suka

Bahan-bahan kisar
500gm bawang merah
1 labu bawang putih
1 inci kunyit, lengkuas dan halia
2 senduk cili kisar (cili kering + cili padi)

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan garing.
2. Kemudian baru dimasukkan cili dan terus dikacau hingga garing. Masukkan rempah kari, ketumbar jintan, serai yang dihiris dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata-rata dan tutupkan kuali. Masak sampai kering airnya, sambil itu dikacau sekali sekala supaya tidak hangit.
4. Kemudian masukkan air asam jawa, santan dan terus dikacau sampai daging empuk. Bila daging sudah empuk, masukkan garam dan serbuk perasa, daun kunyit yang telah disiat-siat, daun limau purut dan kerisik. Teruskan mengacaunya sampai kering dan pecah minyak.

Kari Daging




Bahan – bahan


1/2 kg daging - dipotong dan dibersihkan
3 packet sebuk kari Baba's - dibancuh dengan sedikit air
sedikit serbuk cili
4 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }
1 inchi halia } dikisar halus
air asam jawa
5 biji tomato masak - dikisar
4 biji ubi kentang - di potong 4
kulit kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih untuk menumis

Cara membuatnya
1. Tumiskan penumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar . Biarkan sehingga kekuningan dan naik baunya .
2. Masukkan pula serbuk kari dan serbuk cili .. biarkan sehingga pecah minyak
3. Masukkan perahan air asam jawa ..kemudian masukkan daging dan biarkan sehingga mendidih
4. Masukkan pula ubi kentang dan juga jus tomato yang diblend tadi .
5. Biarkan sehingga pekat dan sesuaikan rasanya . Bolehlah dihidangkan

Ruangan Resepi

Hai ...pernah lawati laman web saya ..www.geocties.com/yusnida. Ada banyak resepi dan kraftangan di sana. Sayangnya geocties akan menutup laman web free ini.Oleh itu saya terpaksa pindahkan semua resepi saya ke sini.

Harap anda semua akan terus mengunjungi dan membaca blog ini.