Assalamualaikum
Hari ni menu den ialah Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin
Ikan sardin senang je nak masaknya..tapi nak memasaknya biasanya masing2 mesti ada cara tersendiri supaya tak hanyir
Dan boleh di masak dengan pelbagai cara
Nak buat sambal ke, tumis kicap ke dan sebagainya
Masak lomak cili api ni omak den tak pernah buat
Tapi ni suami den yang suruh buat sebab dia kata dulu2 mak dia selalu buat dan sedap katanya..selama den kawin nih tak pernah pulak mak mentuo den buek..tak tau lah kot dio sajo jo tak nak kongsi resepi dengan den.,dio masak maso den tak ado kot..huahua
Ok den cuba buat seperti masak lemak biasa tetapi untuk kurangkan hanyirnya dan tambah kick dalam rasa kuah tu den perahkan beberapa biji limau kasturi
Masak Lemak Ikan Sardin
Suami den suka brand ni..brand lain dia tak suka
Bahan2
Satu tin sardines ikut brand kegemaran anda
Satu kotak kecil santan / susu rendah lemak
15 bijii cili padi
1/2 inchi kunyit hidup
sedikit halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
5 biji limau kasturi
3 biji kentang - potong wedges
Cara2
Kisarkan bawang putih, bawang kecil, kunyit, halia dan cili padi
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air dan rebuskan kentang hingga agak empuk
Masukkan bahan2 kisar
Masukkan santan
Masukkan ikan sardin
Masukkan sedikit sos ikan sardin - jangan byk sangat nanti tak sedap
Masukkan perahan limau kasturi dan tutupkan api
Sedia dihidangkan