Assalamualaikum
Hari ni menu den ialah Masak Lemak Cili Api Ikan Sardin
Ikan sardin senang je nak masaknya..tapi nak memasaknya biasanya masing2 mesti ada cara tersendiri supaya tak hanyir
Dan boleh di masak dengan pelbagai cara
Nak buat sambal ke, tumis kicap ke dan sebagainya
Masak lomak cili api ni omak den tak pernah buat
Tapi ni suami den yang suruh buat sebab dia kata dulu2 mak dia selalu buat dan sedap katanya..selama den kawin nih tak pernah pulak mak mentuo den buek..tak tau lah kot dio sajo jo tak nak kongsi resepi dengan den.,dio masak maso den tak ado kot..huahua
Ok den cuba buat seperti masak lemak biasa tetapi untuk kurangkan hanyirnya dan tambah kick dalam rasa kuah tu den perahkan beberapa biji limau kasturi
Masak Lemak Ikan Sardin
Suami den suka brand ni..brand lain dia tak suka
Bahan2
Satu tin sardines ikut brand kegemaran anda
Satu kotak kecil santan / susu rendah lemak
15 bijii cili padi
1/2 inchi kunyit hidup
sedikit halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
5 biji limau kasturi
3 biji kentang - potong wedges
Cara2
Kisarkan bawang putih, bawang kecil, kunyit, halia dan cili padi
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air dan rebuskan kentang hingga agak empuk
Masukkan bahan2 kisar
Masukkan santan
Masukkan ikan sardin
Masukkan sedikit sos ikan sardin - jangan byk sangat nanti tak sedap
Masukkan perahan limau kasturi dan tutupkan api
Sedia dihidangkan
Sweet Ida Recipes
Citaraso Warisan Omak Den
Thursday, March 10, 2016
Friday, May 16, 2014
Thai Style Sambal Belacan
Sambal belacan sangat disukai oleh rakyat Malaysia. Ada berbagai versi sambal belacan mengikut citarasa masing - masing. Ada yang ditumbuk secara asli dengan hanya menggunakan cili, garam dan perahan limau. Terpulanglah kepada citarasa masing - masing.
Kali ini saya ingin berkongsi resepi sambal belacan yang biasa kita dapati di kedai - kedai masakan Thai.

Thai Style Sambal Belacan - Nam Prik Ka Pi
15 ulas cili padi - sesuaikan kepedasan mengikut citasa anda
2 ulas bawang putih saiz kecil
I camca teh gula kabung atau gula nira.
1 inci belacan yg dibakar
1 camca teh sos ikan
Perahan limau nipis
Sedikit air panas
Cara:
Tumbukkan cili padi, bawang putih hingga lumat
Masukkan pula gula nira dan belacan, tumbuk lagi
Masukkan sos ikan, perahan limau nipis dan air panas
Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba..
Thursday, February 14, 2013
Masak Lomak Cili Api Ikan Kembung Rebus Belimbing Buluh
Hari ni balik dari kojo porut dah lapa berkeroncong
Masuk pintu yo dah mengongak bau gulai omak den
Hui kemain sodap omak den masak
Untung omak den duduk sini
Hari - hari makan lauk sodap
Lamo - lamo badan den pun makin sodap...
Masak Lomak Cili Api Ikan Kembung Rebus + Belimbing Buluh
Bahan :
5-6 ekor ikan kembung rebus - dibersihkan
3 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah kecil
1 inchi kunyit hidup
Semangkuk kecil belimbing buluh
Perahan santan
Cara:
Bwng putih, merah dan kunyit hidup dikisar halus
Masukkan ke dlm perahan santan
Didihkan atas api sederhana
Masukkan ikan kembung rebus
Belimbing buluh
Garam secukup rasa
Bila pekat tutupkan api...
Monday, February 11, 2013
Acar Rempah Melaka
Kepak kepak kebum kepak kepak kebum bum
Heh ada orang kawin la
Bila ada orang kawin kat kampung den mesti ada lauk acar rempah ni
Selain dari lauk spt kari daging, ayam masak merah, dalca, bulan terang, pajeri nenas, terung, mesti ada lauk ni
Ni lauk peberet den
Kalau tak de orang kawin pun omak den selalu buat acar ni
Kemain sedap lagi
Kalau makan gerenti tangkap leleh punya..
Acar Rempah Melaka
2 biji timun - di racik nipis & buang empulurnya
4 biji bawang besar - dibelah empat
6 ulas cili merah - dibelah dua jgn putus
6 ulas cili hijau - dibelah dua jgn putus
4 ulas bwg putih - dihiris halus
6 ulas bwg merah kecil - dihiris halus
halia aggaran satu inchi - dihiris halus
Sedikit ikan bilis - dibersihkan
2 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili mesin
Cara:
Tumiskan bawah putih, merah dan halia hingga layu
Masukkan halia, tumiskan hingga harum baunya
Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari , serbuk kunyit dan cili mesin
Tumiskan hingga pecah minyak dan garing
Masukkan perahan asam jawa
Masukkan timun. hampir empuk masukkan cili merah, hijau dan bawang
Perasakan dengan sedikit garam dan gula
* Boleh juga masukkan telur rebus
Rasokan citoraso masakan omak den yang sebona
Heh ada orang kawin la
Bila ada orang kawin kat kampung den mesti ada lauk acar rempah ni
Selain dari lauk spt kari daging, ayam masak merah, dalca, bulan terang, pajeri nenas, terung, mesti ada lauk ni
Ni lauk peberet den
Kalau tak de orang kawin pun omak den selalu buat acar ni
Kemain sedap lagi
Kalau makan gerenti tangkap leleh punya..
Acar Rempah Melaka
4 biji bawang besar - dibelah empat
6 ulas cili merah - dibelah dua jgn putus
6 ulas cili hijau - dibelah dua jgn putus
4 ulas bwg putih - dihiris halus
6 ulas bwg merah kecil - dihiris halus
halia aggaran satu inchi - dihiris halus
Sedikit ikan bilis - dibersihkan
2 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili mesin
Cara:
Tumiskan bawah putih, merah dan halia hingga layu
Masukkan halia, tumiskan hingga harum baunya
Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari , serbuk kunyit dan cili mesin
Tumiskan hingga pecah minyak dan garing
Masukkan perahan asam jawa
Masukkan timun. hampir empuk masukkan cili merah, hijau dan bawang
Perasakan dengan sedikit garam dan gula
* Boleh juga masukkan telur rebus
Rasokan citoraso masakan omak den yang sebona
Saturday, February 9, 2013
Kari Ikan Mayong
Den suka makan ikan mayong, lagi2 kalau bertelur..sedapnya
Kalau omak den yang masak lauk ni, den makan bertambah - tambah..
Hirup kuah dia, nikmati kepala dia
Fuhhh sedapnya...kalau beli kat luar terasa hanyirnya
Omak den memang handal masak ikan nih..lansung tak terasa hanyirnya
Memang sedaapp
Den tak pandai masak gulai ni..pandai makan aje
Ni resepi den mintak kat omak den...tuha omak den sambil mato mandang tivi , dio kasi resepi...
Lenkali bilo omak den masak lauk ni, den amik gambar lotak kek sini
Cubala try yo...
Kari Ikan Mayong
5 ulas bawang merah kecil - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
Halia lebih kurang 2 inchi - dihiris
Lada kering 3 senduk
Serbuk kari Baba's - 2 sudu
Serbuk kunyit - 2 sudu
Perahan asam jawa
Sayur terung bulat
Cara:
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang diricih halus
Bila dah garing dan naik bau , masukkan cili kering , serbuk kari dan serbuk kunyit yg telah dibancuh dgn sedikit air
Bila sudah garing dan pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa
Biarkan mendidih
Masukkan ikan mayong
Kemudian masukkan terung bulat
Perasakan dgn garam
Ikan Keli Panggang Masak Lomak Cili Api
Ikan Keli yang dipanggang dgn cara lama mmg sedap
Lumurkan dengan garam dan kunyit kendian panggang atas bara api
Tumbukkan cili api kampung dlm 20 ulas
Masukkan bwng putih seulas dan bwg merah lebih kurang 3 ulas
Kunyit hidup lebih kurang sebesar ibu jari
Then tumbuk hancur
-Pisang muda di potong dan di rebus hinggaempuk dan toskan
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan santan cair
Biarkan mendidih
Masukkan pisang muda
Masukankan ikan keli salai
Then masukkan santan pekat
Sedikit garam
Tutupkan api bila dah pekat, masukkan perahan limau kasturi secukupnya
Cubalah memang sedap tau...
Sunday, February 3, 2013
Sambal Udang Belimbing Buluh
Udang segar yang ayah dapat hasil dari jalaan di Sungai Linggi, antara masakan mak yang sedap adalah Sambal Udang Belimbing Buluh. Belimbing kampung ni memang banyak dan lebat buahnya di laman rumah.
Masakan istimewa ini memerlukan bahan - bahan:
Semangkuk udang segar
Semangkuk belimbing buluh
2 senduk cili kering yg sudah dimesin bersama bawang merah & putih
Bawang besar dibelah empat
Secubit garam
Satu sudu besar gula
Cara - caranya :
Bersihkan udang
Bersihkan belimbing dan dibelah dua
Panaskan sesenduk minyak- pastikan minyak betul - betul panas
Masukkan cili mesin dan tumiskan hingga pecah minyak dan garing
Masukkan udang
Masukkan belimbing dan bawang besar
Masukkan garam dan gula
Jika terlalu kering masukkan sedikit air
Tidak perlukan perahan asam jawa kerana sudah diimbangi ras masam dari belimbing buluh
Selamat mencuba resepi warisan omak den....selero orang kampung
Subscribe to:
Posts (Atom)